Iltizam DAP Jadikan Negara Tak Kira Agama, Bangsa

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com

KUALA LUMPUR – DAP berpegang teguh kepada komitmen parti itu sejak setengah abad lalu menjadikan Malaysia sebuah negara yang tidak mengira agama dan bangsa rakyatnya.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, komitmen DAP itu kononnya menunjukkan bahawa DAP tidak anti-Melayu atau anti-Islam seperti didedahkan ramai pemimpin Islam sebelum ini.

“Hakikatnya UMNO tidak boleh memberi sebarang contoh yang DAP dan saya anti-Melayu serta anti-Islam,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dalam pada itu membuat tuduhan melampau kononnya kerajaan Malaysia mengamalkan propaganda ala Nazi untuk memburuk-burukkan DAP.

Beliau menuduh Kabinet Malaysia membuat propaganda ala Nazi kerana mendedahkan kaum Melayu dan agama Islam akan terjejas jika DAP berjaya memerintah negara ini.

DAP kini mengetuai Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Pakatan Harapan baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

PPBM dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdendam dengan UMNO kerana gagal merampas pucuk pimpinan UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com
Source link

Comments

comments

One comment

  1. Pingback: m88

Leave a Reply