BNBBC :: Portal Majlis Ahli Parlimen BN

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com

Kategori Ekonomi

KDNK sebenar M’sia stabil pada 4%

11 JAN : RHB Research Institute menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kekal stabil pada empat peratus tahun ini, berdasarkan peningkatan permintaan domestik yang berterusan dan perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan.

Sasaran itu juga ditetapkan dengan mengambil kira peningkatan sederhana perbelanjaan awam dan pelaburan swasta, selain kenaikan sederhana dalam eksport, menurut firma penyelidikan itu.

“Kami menjangka KDNK sebenar akan kekal pada kadar yang stabil sebanyak empat peratus pada 2017 berbanding anggaran 4.1 peratus pada 2016,” katanya pada Rabu dalam nota penyelidikan susulan pengumuman Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) pada November.

IPI meningkat 6.2 peratus, tahun ke tahun, pada November 2016 berbanding bulan yang sama pada tahun lepas, dipacu oleh pertumbuhan yang tinggi dalam tiga indeks iaitu pembuatan (6.5 peratus), perlombongan (4.7 peratus) dan elektrik (9.7 peratus).

RHB Research berkata peningkatan pengeluaran perindustrian itu disebabkan output pembuatan yang tinggi pada November sejajar dengan eksport yang meningkat.

Peningkatan aktiviti pembuatan didorong oleh kadar pertumbuhan yang pesat dalam pembuatan makanan, minuman dan tembakau; produk petroleum, kimia, getah dan plastik; produk mineral bukan logam serta logam fabrikasi dan asas.

Produk elektrik dan elektronik (E&E) yang berorientasikan eksport turut mendapat kadar sejajar dengan eksport E&E yang tinggi.

Output sektor perlombongan juga naik kepada 4.7 peratus, tahun ke tahun, pada November manakala output sektor elektrik meningkat 9.7 peratus, tahun ke tahun, pada bulan tersebut.

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com
Source link

Comments

comments

Leave a Reply