BNBBC :: Portal Majlis Ahli Parlimen BN

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com

Kategori Ekonomi

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar

11 JUN : Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan sokongan minat belian terhadap mata wang tempatan dan harga minyak mentah yang tinggi, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.4700/4730 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4760 pada Selasa.

Peniaga berkata, harga minyak Brent antarabangsa meningkat 0.93 peratus kepada US$54.14 setong susulan laporan bahawa Arab Saudi akan mengurangkan bekalan minyak ke Asia.

Sementara itu, Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata peningkatan ketidaktentuan dan kebimbangan menjelang sidang media presiden AS yang baharu dipilih, Donald Trump hari ini menjadikan pasaran kewangan lebih berhati-hati.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.8471/8514 daripada 3.8554/8593 pada Selasa dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1085/1110 daripada 3.1151/1176 sebelum ini.

Nota tempatan turut kukuh berbanding euro kepada 4.7091/7128 daripada 4.7396/7432 pada Selasa dan meningkat berbanding pound kepada 5.4181/4231 daripada 5.4325/4370 semalam.

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com
Source link

Comments

comments

Leave a Reply