Daging Babi Paling Sedap, Ujar Anak Jokowi – MYNEWSHUB

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com

Hasil coretan Kaesang Pangarep, anak bongsu kepada Presiden baru Indonesia, Joko Widodo, dalam blog peribadinya, misterkacang.blogspot.my telah menimbulkan buat mulut ramai.

Melalui muat naik artikel bertajuk ‘Suka Duka Pertama Kalinya Bersekolah Di Singapore’, dia menceritakan detiknya merasai ‘daging’ tersedap yang pernah dijamahnya itu.

Sewaktu saya mencuba, ia daging yang sangat enak. Ia daging yang paling enak yang pernah saya cuba.”

Menceritakan pengalamannya ketika mendapat pendidikan di Sekolah Anglo-Chinese Singapura, dia menceritakan detik-detik bagaimana dia boleh termakan daging haram tersebut.

Ketika berada di satu medan selera berdekatan asramanya, dia terlihat sebuah gerai yang menjual hidangan itu, lantas berkeinginan untuk mencubanya.

Lantas itu, dia memesan sebelum mula memakannya. Ujar Kaesang, ia kelihatan sangat enak, empuk dan daging tersedap pernah dirasainya.

Selesai menghabiskan hidangan tersebut, dia berhasrat membungkus dan membawa pulang satu lagi hidangan sama. Ketika itu, dia baru terfikir jenis daging yang dimakannya.

Saya tanya penjual itu, dan dia jawab daging itu daging babi,” kata Kaesang sebelum memutuskan untuk ke masjid bagi melakukan taubat kerana berasa terlalu berdosa di atas kekhilafannya memakan makanan haram itu.

Ceritanya lagi, ketika berada di masjib berkenaan dan bersolat, dia walau bagaimanapun tidak dapat khusyuk kerana asyik terfikir akan keenakkan daging tersebut.

Sewaktu saya bersolat, saya tidak dapat khusyuk gara-gara teringat keenakkan daging babi tadi. Saya merasakan dosa saya berlipat kali ganda. ”

Cuba mencari solusi agar dapat menghilangkan keinginannya terhadap daging itu, Kaesang cuba memakan daging kambing namun ujarnya, daging babi itu tetap tidak dapat ditandingi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com
Source link

Comments

comments

Leave a Reply