Kepolisan moral tidak perlu semasa Thaipusam

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com

Semua pihak perlu menghormati kod berpakaian di rumah ibadah, tetapi jangam ambil tindakan sendiri, kata wakil rakyat DAP, M Kulasegaran.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP M Kulasegaran bersetuju peserta sambutan Thaipusam bulan depan perlu berpakaian sopan tetapi tidak bersetuju dengan kepolisan moral.

Beliau merujuk kepada kumpulan yang memberi amaran akan menyembur cat pada wanita yang berpakaian tidak sopan di Batu Caves.

“Tidak perlu mengancam sesiapa sahaja yang gagal mematuhi mana-mana kod pakaian,” kata ahli Parlimen Ipoh Barat dalam satu kenyataan.

“Kesedaraan berpakaian sopan boleh ditingkatkan melalui pendidikan dan publisiti.

“Menyembur cat jelas menyalahi undang-undang. Tiada siapa yang harus bertindak sesuka hati.”

Beliau mengulas catatan Facebook yang memberi amaran perempuan yang tidak berpakaian sopan pada sambutan Thaipusam 9 Februari depan akan disembur cat.

Sebelum ini, pelancong yang berseluar pendek dihalau dari kuil Hindu di Ipoh, kata Kulasegaran. Beliau menambah pelancong tidak terkecuali daripada kod pakaian di kuil.

“Kesesuaian berpakaian semasa Thaipusam di Batu Caves dan di kuil Hindu lain telah menjadi isu yang membimbangkan – ini sesuatu yang boleh difahami,” katanya.

Kulasegaran menegaskan Thaipusam bukan sahaja acara agama besar di Malaysia tetapi juga tarikan utama pelancong, sambil menambah ia tidak boleh dicemari oleh insiden yang tidak menyenangkan.

“Ia boleh mencemarkan sambutan tersebut dan imej negara di peringkat antarabangsa.”

Beliau berkata banyak tempat agama di seluruh dunia mempunyai kod berpakaian untuk pelawat.

Thaipusam merupakan acara keagamaan, ulangi beliau. “Oleh itu adalah penting penganut dan pengunjung berpakaian sewajarnya.”

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com
Source link

Comments

comments

Leave a Reply