Kerajaan Terengganu Peruntuk RM500 Ribu Baiki Rumah Rosak – MB Razif

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com

Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi membaiki rumah dan membina rumah baru di setiap DUN yang terlibat bencana banjir.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jumlah keseluruhan peruntukan hampir RM8 juta itu akan memberi fokus rumah rakyat yang terlibat banjir yang berlaku pada minggu lalu.

‘Dalam mesyuarat EXCO tadi, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 setiap DUN baiki untuk baiki rumah mangsa banjir dan bina rumah baru di kawasan yang terlibat iaitu keseluruhan lebih kurang RM8 juta’.

‘Ia akan memberi tumpuan kepada rumah yang terlibat banjir dan bina rumah yang hilang atau rumah yang tidak boleh dibaiki jadi Kerajaan Negeri luluskan serta merta RM500,000 bagi setiap DUN’.

‘Di bawah peruntukan Bantuan Baiki Rumah yang kita keluarkan sebelum ini iaitu (kos) baiki rumah maksimum RM11,000 dan bina rumah maksimum RM40,000 dalam kadar itulah’.

‘Ini adalah peruntukan tahunan kita di mana peruntukan untuk baiki dan bina rumah adalah RM1 juta setahun dan kita beri RM500 ribu sebanyak dua kali’

‘Peruntukan ini akan menyelesaikan pemasalahan yang dihadapai rakyat’ katanya selepas Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Iman hari ini.

Sidang Media Pelancaran Jersi T-Team, Terengganu dan pasukan hoki Terengganu 2017 di Wisma Darul Iman hari ini.

Beliau turut memberitahu jumlah kerosakan yang dialami secara keseluruhan masih belum dapat diketuhui dan sedang menunggu laporan daripada pihak yang terlibat.

Pusat bencana masih berada dalam keadaan siap siaga kerana musim monsun dijangka melanda negeri ini sehingga bulan Mac depan. – Terengganu Times

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com
Source link

Comments

comments

Leave a Reply