Muhyiddin Makin ‘Buta Dan Pekak’?

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com

Sekiranya lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China dianggap belum tentu mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina di Malaysia walaupun berjaya membawa balik pelaburan bernilai RM144 bilion satu dakwaan politik daripada pemimpin pembangkang berfikiran tohor (singkat).

 

Menurut Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian Rabu 11 Januari 2017, Najib memang telah membawa balik jumlah pelaburan bernilai RM144 bilion dari China, namun pengundi China tidak semestinya akan memberi sokongan kuat kepada BN pada PRU14.

 

Janganlah sampai dikata, setelah menyertai blok fitnah kenyataan Muhyiddin semakin merapu seperti manusia hilang pedoman hidup.

 

Kebarangkalian Muhyyiddin berpendirian, kiranya sesuatu yang memberi laba kepada negara dan rakyat tidak perlu dilakukan jika dirasakan tidak mendapat sokongan yang kuat oleh kaum tertentu dinegara ini.

 

Usaha Najib adakan hubungan baik dengan negara kuasa ekonomi dunia seperti China bukan sekadar nilai RM144 billion semasa beliau Perdana Menteri sebaliknya hubungan yang dibina hari ini diharap berterusan.

 

Bekas TPM yang ditendang dari UMNO tahu sejarah hubungan Malaysia China bermula, namun Presiden PPBM yang haloba kepada kedudukan dan pengaruh telah membutakan mata dan memekakkan telinga daripada membaca dan mendengar sejarah.

 

Dakwaan orang Cina negara ini tidak setuju kedatangan syarikat-syarikat China membuat projek di negara ini kerana usahawan tempatan juga berupaya adalah satu kebimbangan kontraktor dikalangan orang Cina berikutan kontrakor dikalangan bumiputera kini mampu bersaing untuk memperolehi kerja-kerja berkaitan projek Pembinaan Landasan Kerata Api Pantai Timur.

 

Projek pembinaan MRT laluan Sungai Buloh sebanyak RM8.8 bilion diluluskan kepada kontraktor bumiputera dan sudah tentulah kontraktor bukan bumiputera rasa tergugat.

 

Muhyiddin patut tahu menara berkembar petronas direka César Pelli dari Argentina dan bahan binannya banyak juga dari luar negara.

 

Jika beliau cuba menyatakan bahan binaan landasan kereta api pantai timur dan pekerja nanti akan diambil sepenuhnya dari negara China, bagaimana dengan pembinaan menara berkembar Petronas.

 

Adakah? kerajaan zaman Mahathir perdana menteri selama 22 tahun tidak tahu syarikat arkitek, Jurutera, kontarktor dari negara mana untuk lahirkan menara yang digahkan namun tidak memberi faedah kepada marhaen banyak juga bahan binaan dan pekerja dibawa dari luar.

 

Jika masyarakat Melayu tidak senang hati dengan kedatangan syarikat China kerana didakwa menjejaskan periuk nasi mereka, dakwaan ini datangnya dari jiwa haloba berikutan pembinaan landasan kereta api ke pantai timur membuka ribuan peluang pekerjaan.

 

Orang Melayu perlu sedar, negara mengalami kerugian besar akibat projek terbengkalai (gajah putih) ketika orang yang membuat dakwaan haji tajaan Yayasan 1MDB tidak mabrur dipilih mengepalai kerajaan dan pemimpin UMNO-Barisan Nasional dikatakan gagal mengurus negara sebagaimana tuduhan yang dibuat hari ini.

 

Dakwaan pelaburan RM144 bilion bukan diperolehi oleh negara, sebaliknya adalah jumlah pinjaman dari China untuk membayar hutang 1MDB, bagaimana dengan pelaburan luar negara masuk ke negara ini ketika Mahathir perdana menteri.

 

Apakah hasil yang diperolehi dari pelabur luar ketika Mahathir mengepalai kerajaan untuk ganti wang yang lesap berbilion? –HotKelate


www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com
Source link

Comments

comments

Leave a Reply