Pecah Rekod Spotify, Ed Sheeran Kalahkan One Direction

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com

Beberapa hari lalu, ramai peminat Ed Sheeran ternanti-nanti single terbaru daripadanya dan ternyata, hanya dalam masa dua hari dikeluarkan kedua-dua single terbaharunya menduduki tempat pertama dan kedua di carta global platform penstriman audio, Spotify.

 

 

Sumber foto: BBC

Dua single terbarunya iaitu Shape of You dan Castle on the Hill dikeluarkan pada 6 Januari lalu berjaya mengalahkan rekod hari pertama ‘Spotify Streaming’ milik One Direction.

 

Pada hari pertama ia dikeudarakan, Castle On The Hill meraih lebih lima juta penstriman di Spotify, sekali gus mengenepikan rekod lagu One Direction berjudul Drag Me Down yang meraih kira-kira 4.7 juta penstriman harian pada Ogos 2015.

 

Bagaimanapun, pada 48 jam seterusnya sejak kedua-dua single itu dimainkan di Spotify, Shape Of You telah dimainkan lebih 26 juta kali di seluruh dunia, manakala Castle On The Hill meraih jumlah dimainkan kira-kira 20 juta kali.

 

 

Sumber foto: GETTY IMAGES – WIREIMAGE

 

Sementara itu, menerusi saluran YouTube milik Ed, kedua-dua ‘lyric video’ barunya itu mencatat lebih 10 juta jumlah totonan hanya dalam masa 24 jam sahaja.

 

Wah, hebat juga penyanyi dan komposer dari barat itu ya. Hanya dalam masa dua hari, lagunya menduduki tangga pertama dan kedua yang paling banyak didengar di platform berkenaan. ‘Best’ sangat ke lagu tu? Jom dengarkan!

Comments

Hosting Pesisir Pantai Termurah - 
www.rekanetwork.com
Source link

Comments

comments

Leave a Reply