December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


MALAYSIAKINI

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Hanafiah Mat menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘bajet panadol’.

Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata ini kerana belanjawan 2018 yang disifatkan Najib sebagai “ibu segala bajet” itu hanya akan menghilangkan rasa sakit untuk seketika.

Beliau mendakwa bajet itu hanya akan menyebabkan rakyat merana sepanjang tahun.

“Tok batin dan ketua kampung dipuja diberi imbuhan. Namun, rakyat jelata ditekan dengan kenaikan kos kehidupan. Harga minyak saban minggu naik.

“Bayaran bonus yang menjadi impian penjawat awam hanyalah gincu merah menyala dibibir gadis, terkena air pudarlah ia,” kata Hanafiah dipetik Harakahdaily mengulas Bajet 2018 Yang dibentangkan Najib semalam.

Oleh demikian, Hanafiah menzahirkan rasa simpati kepada rakyat atas cabaran bakal dihadapi kesan bajet tersebut.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan semalam berkata Bajet kali ini mencipta sejarah sebagai sebuah bajet yang paling inklusif pernah dipersembahkan



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: