December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -26/10/17-Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyokong Pesta Arak diadakan di negara ini kerana ia merupakan hak bukan Islam.

“Orang bukan Islam nak buat…Dia minum bagi dia macam minum teh sahaja.

“Kenapa kita tidak menangani masalah ini dengan satu pendekatan yang mengiktiraf hak umat Islam dan mengiktiraf juga hak bukan Islam,”kata Khalid dalam sidang parlimen hari ini.

Tambahnya sepatutnya pesta arak bukan merupakan satu masalah di negara ini kerana beberapa peraturan tertentu boleh dikenakan terhadap pihak penganjur.

“Tetapi ini dipolitikkan dan kehendak mereka itu (bukan Islam) dijadikan satu tindakan (seperti) mencabar Islam. Dan kita panggil umat Islam bersatu untuk menentang !

“Di sinilah yang merosakkan imej Islam..”katanya lagi.

Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Dato’ Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali tampil menanya soalan kepada Ahli Parlimen Amanah Sepang Mohamad Hanipa Maidin adakah beliau bersetuju dengan kenyataan Khalid Samad itu.

“Adakah (Ahli Parlimen Amanah) Sepang (Mohamad Hanipa Maidin) bersetuju dengan pandangan (Ahli Parlimen Amanah) Shah Alam bahawa pesta arak boleh dibuat oleh bukan Islam kerana fatwa daripada syeikul Al Azhar yang membezakan hak minum arak oleh bukan Islam dan hak untuk berpesta.

“Mesti bezakan ada dua keadaan di sini..”katanya.

Hanipa menjawab dengan mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan pandangan Khalid Samad tersebut.

“Saya bersetuju dengan Shah Alam (Khalid Samad) dan saya minta ucapan Shah Alam itu dimasukkan dalam catatan saya,”katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: