December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pada 27 Jun 2015, Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Zairil Khir Johari, dalam satu laporan Malay Mail Online bertajuk, “In recurring religious conflicts, Muslim MPs ask where Malaysia is headed”, mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana, dakwa beliau, kuasa JAKIM bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kerana negara tidak sepatutnya mencampuri urusan agama.

Kata Zairil Khir Johari: “Why do we even have JAKIM (Malaysia’s federal Department of Islamic Development) when Islam is a state issue? That’s a fundamental question because the authority of JAKIM appears to go against the 9th schedule of the Federal Constitution. I am suggesting that matters of faith should belong in the realm of civil society and not the state.”

Laporan Malay Mail Online yang memuatkan kenyataan Zairil Khir Johari ini dikongsi oleh Penasihat merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di dalam facebook dan blog beliau sekali gus menandakan persetujuan Lim Kit Siang ke atas kenyataan Zairil Khir Johari ini.

Bagaimanapun, dalam Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam jelas tercatat bahawa bukan sahaja JAKIM dikekalkan malah bajet JAKIM pada tahun 2018 juga dinaikkan dari RM744.95 tahun 2017 menjadi RM810.9 juta.

Sudahlah begitu, di sebalik pelbagai kenyataan DAP, dan PKR, yang menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular, Perdana Menteri juga menyatakan dengan jelas dalam ucapan beliau semalam, pada perenggan 222, bahawa Malaysia adalah “negara Islam (yang progresif dan dinamik)”.

Apa DAP nak kata sekarang ya?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: