Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr. Nor Hazlina Husin berkata, perkara tersebut adalah realiti di sekolah vernakular apabila para pelajar lebih memen­tingkan penggunaan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris berbanding bahasa Malaysia.

“Senario ini dapat dilihat melalui hasil tinjauan yang saya lakukan di beberapa buah sekolah vernakular dan perkara ini tidak seharusnya dibiarkan terjadi tanpa apa-apa tindakan daripada pim­pinan dalam bidang pendidikan.

“Selain itu, pelancong asing yang ingin mengenali dan belajar bahasa Melayu lebih cenderung mempelajarinya di Indonesia ekoran rakyat Indonesia lebih memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

UTUSAN ONLINE