December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat adalah belanjawan yang prihatin dengan keperluan infrastruktur dan sosial rakyat Sarawak.

Ujar beliau, melalui peruntukan itu, rakyat Sarawak akan bertambah yakin dan percaya dengan dasar yang dibawa oleh Kerajaan Persekutuan.

“Terima kasih kepada perdana menteri yang prihatin dengan kehendak rakyat Sarawak untuk menaikkan taraf infrastruktur dan juga sektor sosial yang sangat-sangat diperlukan di negeri Sarawak ini.

“Saya pasti rakyat sudah tentu yakin dengan apa sahaja dasar yang dilaksana oleh kerajaan kepada rakyat Sarawak,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Kebajikan Negara di Kuching, pada Jumaat.

Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukan lebih RM6 bilion pada pembentangan bajet semalam bagi tujuan pelaksaan pelbagai projek pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Sarawak juga menerima peruntukan besar iaitu lebih dari RM1 bilion untuk membangunkan sekolah-sekolah daif, bekalan air, bekalan elektrik dan internet.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: