December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PEMAIN Portugal, Cristiano Ronaldo baharu sahaja dinobat sebagai pemain terbaik dunia FIFA untuk tahun kedua berturut-turut.

Ronaldo yang beraksi untuk kelab Sepanyol, Real Madrid mengatasi pesaing utamanya dalam La Liga, Lionel Messi dari Barcelona dan juga Neymar.

Adakah pemilihan yang dibuat berdasarkan persembahan musim lalu tepat?

Undian dibuat ketua dan pengurus pasukan bola sepak, wartawan yang terpilih dan buat pertama kali undian atas talian peminat.

Setiap kategori undian menyumbang 25% daripada jumlah keseluruhan.

Jika kita lihat undian peminat, 43% peminat memilih Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia, manakala undian Bual Bola Astro Awani mendapati 73% daripada pembaca dan penonton kami turut memilih bintang Real Madrid itu.

Jika dilihat dari statistik, pada musim 2016/2017 yang lalu, Messi dan Neymar mencatat mata yang lebih tinggi berbanding Ronaldo dalam La Liga.

PEMAIN Portugal, Cristiano Ronaldo baharu sahaja dinobat sebagai pemain terbaik dunia FIFA untuk tahun kedua berturut-turut.

Jumlah keseluruhan persembahan Ronaldo dalam La Liga hanya mencatat 40.85 berbanding Messi 78.88 dan Neymar 53.34.

Gol yang dijaringkan bagi metrik 90 minit perlawanan juga rendah iaitu 0.89 bagi Ronaldo dan 1.18 bagi Messi.

Musim lepas dalam La Liga, Ronaldo menjaringkan 25 gol berbanding Messi 37 gol selain 9 bantuan gol (assist) dan 6 bagi Ronaldo.

Walaupun statistik Ronaldo agak rendah berbanding Messi, apa yang penting, persembahannya musim lepas membantu Real Madrid menjuarai La Liga buat pertama kali dalam tempoh lima tahun.

Ronaldo cemerlang pada aksi liga juara-juara Eropah musim lepas apabila membantu pasukannya menjulang kejuaraan ke-12 Real Madrid dengan menjaringkan dua gol pada final yang menyaksikan Juventus kalah 4-1 kepada Madrid.

Real Madrid juga muncul pasukan pertama mempertahankan kejuaraan Eropah itu.

Statistik Ronaldo dalam kejuaraan Eropah juga tidak begitu tinggi apabila mencatat mata keseluruhan 56.23 berbanding Messi 65.33.

Statistik Ronaldo dalam kejuaraan Eropah juga tidak begitu tinggi berbanding Messi bagi metrik 90 minit perlawanan.

Ronaldo hanya mencatat mata keseluruhan 56.23 manakala Messi 65.33.

Messi juga lebih tinggi dari segi gol iaitu 1.22 berbanding Ronaldo 0.90.

Jika dibandingkan semua statistik ini, pemilihan dibuat tidak menumpukan kepada statistik permainan setiap pemain yang ada tetapi berdasarkan kejayaan yang dicapai seseorang pemain itu.

Tidak dinafikan Ronaldo memainkan peranan besar dalam pasukan Real Madrid untuk berhak menerima anugerah pemain terbaik ini.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: