December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Selaku rakyat biasa, kita pastinya tertanya-tanya apakah hidang sarapan pagi yang dinikmati oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja.

Adakah mereka menikmati set penuh English breakfast yang amat terkenal dengan ‘kemewahan’ sewaktu sarapan pagi.

Namun, pasti ada di antara kita seakan-akan tidak percaya apabila Ratu Elizabeth yang merupakan raja berpengaruh di dunia hanya menikmati sarapan pagi dengan semangkuk bijirin.

Berdasarkan laporan Huffington Post, pada awal bulan ini, bekas tukang masak diraja, Darren McGrady memberitahu kepada majalah Marie Claire tentang pemilihan makanan kerabat diraja itu ketika berkhidmat di Istana Buckingham.

“Baginda Tuanku hanya menikmati hidangan sarapan pagi yang mudah sederhana.

“Hanya bijirin Kellogg’s daripada bekas plastik yang mana Baginda menghidangnya sendiri selain (secawan) teh Darjeeling,” katanya kepada Marie Claire.

Hanya menikmati bijirin sejuk dan teh, ia sama sekali bukan set lengkap English breakfast seperti yang kita gambarkan.

Pada 2012, McGrady memberi maklumat mengenai hidangan sarapan pagi Ratu Elizabeth kepada The Telegraph dengan menyatakan Tuanku lebih memilih bijirin Special K dan Corn Flakes serta dihiasi aprikot, buah prun dan kacang macadamia dari bekas Tupperware.

Baginda juga menambah buah strawberi segar (pada hidangan bijirin) ketika percutian di Balmoral, Scotland dan kadang-kala meminta telur rebus atau roti bakar dan jem marmalad.

Berdasarkan kepada website peribadi beliau, McGrady berkhidmat di Istana Buckingham Palace selama 11 tahun dan  sebagai chef peribadi di Istana Kensington selama empat tahun.

Selepas kematian Puteri Diana pada 1997, beliau berhijrah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: