December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional Sabah, Abdul Rahim Ismail berkata Shafie menyalahgunakan parlimen yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen.

Abdul-Rahim-Ismail-shafie-apdal-parliament-malaysiaKOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal tidak seharusnya bersembunyi di belakang imuniti parlimen untuk menyerang Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

“Sekiranya Shafie Apdal mahu bercakap tentang Musa Aman, mengapa beliau tidak boleh melakukannya tanpa perlindungan imuniti parlimen,” kata Rahim dalam kenyataannya.

Beliau menambah tuduhan dibuat Shafie tidak berasas dan berniat jahat.

“Semua tuduhan ini sebenarnya fakta dikitar semula. Semua dakwaan palsu dan direka untuk mengelirukan orang ramai atas niat jahat,” kata Rahim sambil menambah, Shafie menyalahgunakan parlimen yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen.

Beliau juga mempersoalkan Shafie kerana tidak membuat tuduhan sebelum ditahan Khamis lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Shafie bukan seorang ahli politik yang mantap dan tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi pemimpin. Pemimpin sepatutnya bertenang. Tingkah laku semacam ini adalah kebudak-budakan. Hanya kerana beliau berada dalam ‘air panas’ sekarang, beliau mahu menyeret orang lain ke bawah.

“Jika Shafie mahu, beliau dialu-alukan untuk membuat laporan kepada SPRM dan bukannya menyalahgunakan hak istimewa parlimen,” kata Rahim.

Adun Pantai Manis ini juga mengingatkan Shafie bahawa Musa sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya sebelum memasuki politik.

Sementara itu, merujuk kepada masalah kesihatan Shafie selepas penangkapannya yang baru-baru ini, Rahim berkata, beliau terkeliru dengan keadaan kesihatan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah yang didakwa semakin merosot kerana beliau tidak diketahui mempunyai masalah seperti itu.

“Saya fikir semua masalah kesihatan ini hanyalah percubaannya untuk mendapat simpati daripada rakyat. Beliau tidak boleh menggunakan emosi untuk mendapatkan sokongan,” kata beliau.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: