December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



PENYANYI Bob Yusof mengakui wujudnya diskriminasi yang berlaku terhadap dirinya sepanjang 13 tahun penglibatan dalam dunia seni.

“Saya akui, diskriminasi itu ada tetapi saya melatih diri untuk tidak menjadikan itu sebagai satu beban.

“Tak perlu saya sebutkan secara terperinci bagaimana diskriminasi tersebut terjadi kerana saya sendiri tidak mahu memikirkannya. Saya mendidik perasaan saya supaya tidak terasa hati.

“Saya sendiri mendidik hati saya agar berpegang teguh kepada rezeki. Semuanya bergantung kepada rezeki. Biarpun ada perbandingan antara saya dengan yang lain, saya terima. Sebagai contoh, jika Allah mahu memberikan saya hanya RM1, saya terima dengan rela hati kerana itu rezeki saya,” kata Bob kepada Astro Gempak.

Tambah Bob, dia juga pernah menerima kata-kata negatif sepanjang penglibatan dalam dunia nyanyian.

“Kata-kata negatif itu wujud. Ada yang pernah berkata ‘kau tidak layak berada dalam bidang seni’ dan macam-macam lagi. 

“Apa yang saya lakukan mudah. Saya sendiri mengambil pendekatan positif. Tidak mengapa, mungkin yang tak suka ada seorang tetapi seribu yang lain pastinya menyokong. 

“Ini kerjaya saya, saya akan terus melangkah dengan berlapang dada,” katanya lagi ketika ditemui usai konsert akhir AF Megastar.

Mengakhiri perjalanan di pentas AF Megastar, Bob optimis dan tidak ralat apabila gagal meraih gelaran juara.

Dalam perkembangan lain, Bob bakal mempromosikan lagu terbarunya, Terbuang Dalam Pelukan.

Menerusi lagu ciptaan Hafiz Hamidun ini, Bob mencurahkan idea sebagai penulis lirik.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @bobyusof

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: