December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KIBIGORI: Seorang lelaki Kenya yang mempunyai zakar sepanjang tiga kaki serta buah zakar seberat lima kilogram akhirnya berpeluang menikmati kehidupan normal selepas ‘pakej besar kemaluannya’ berjaya dikurangkan menerusi pembedahan.

Horace Owiti Opiyo, juga dikenali sebagai Forence, mula mendapati bahagian kemaluannya terdapat cyst (ketumbuhan atau kantung pada tubuh yang berisi cecair seperti darah, lemak atau lendir) pada tahun 2006.

Cyst itu telah dibuang namun ia kembali terjadi sehingga menyebabkan alat sulitnya menjangkau satu meter panjang.

Pemuda berusia 20 tahun itu terpaksa diberhentikan dari sekolah dan tidak mempunyai wang untuk menampung perbelanjaan pembedahannya. Dia turut cuba menggunakan ubat-ubatan herba namun tidak menunjukkan sebarang kesan.

“Saya memberitahu nenek tentang saya yang dijangkiti penyakit, tetapi tidak pasti. Ia bukan kerja Tuhan, tetapi syaitan,” kata beliau yang menganggap penyakit itu adalah sumpahan buatnya.

Keadaan seumpamanya boleh disebabkan gigitan nyamuk yang menyuntik larva ke dalam aliran darah seterusnya berkembang menjadi parasit yang menyekat sistem saliran tubuh dan menyebabkan pembengkakan.

Masalah kesihatan tersebut dikategorikan sebagai elephantiasis.

Jiran Forence yang melihat kejadian itu telah menularkan perkara tersebut ke dalam media sosial, hingga mendapat perhatian isteri gabenor tempatan, yang menghantar seorang doktor untuk merawat Forence.

Forence menjalani dua pembedahan iaitu untuk mengurangkan saiz skrotum dan membentuk kembali zakarnya agar dapat digunakan, lapor NYPost.

“Apabila saya bangun, saya terkejut kerana badan saya amat ringan. Segala rasa berat telah hilang.

“Saya sekarang boleh berenang-renang, berlari-lari dan bermain bola sepak!” kata Florence selepas pembedahan berjaya dilakukan.

Beliau merancang untuk membina sebuah keluarga namun sebelum itu, beliau mahu menumpukan perkara utama iaitu pendidikan.

“Saya dah bebas! Siapa yang tahu apa akan terjadi pada masa akan datang?” katanya yang gembira dengan keadaannya sekarang.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: