December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



JAKARTA: Satu letupan kuat dan kebakaran besar menggegarkan sebuah kilang mercun ke pinggir barat ibu kota Jakarta, Indonesia hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 47 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Siaran televisyen turut menyiarkan visual asap tebal menyelubungi gudang menyimpan mercun itu yang terletak di Tangerang, pusat industri dan pembuatan di Pulau Jawa.

Atap kilang terbabit juga dilihat musnah sama sekali dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu.

Menurut saksi, kedengaran sekurang-kurangnya dua letupan kuat, sekitar 10 pagi waktu tempatan dan satu lagi letupan sekitar 3 jam kemudian.

Menurut Ketua Polis Tengerang, Harry Kurniawan mangsa yang terkorban ditemukan pasukan polis di lokasi tragedi.

Sebanyak 103 orang direkodkan sebagai pekerja di kilang berkenaan dan pasukan bomba masih menjalankan kerja-kerja pemadaman api sejak lebih lima jam.

Mereka yang cedera sedang dirawat di beberapa buah hospital di sekitar Jakarta.

Polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa yang terkorban mungkin bertambah.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: