December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Captain M – 1. Hari ini nampaknya Parti Warisan menggerakkan tabung derma wang jaminan kepada Shafie Apdal untuk hari jumaat ini. Apakah Shafie Apdal bebas jumaat ini atau reman terus disambung jumaat? Warisan berusaha mengangkat Shafie Apdal sebagai hero rakyat wal hal Shafie seorang pelaku rasuah. Mereka terus mengajak pengikut mereka menyokong perlakuan pemimpin rasuah.

Orang kaya minta derma atau satu agenda tak mahu tunjuk Shafie Apdal punya wang ratusan jutaan ringgit

2. Penasihat dan pengikut Shafie Apdal tidak mahu percaya Shafie Apdal telah menyeleweng dana RM 1.5 bilion KKLW. Sejak tahun lalu pelbagai bukti didedahkan malah kuasa Shafie Apdal sebagai Menteri yang menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 dan Akta Kontrak 1949.

3. Begitu ramai saksi yang dipanggil, 13 orang yang ditahan reman, penangkapan adik Shafie Apdal iaitu Hj Hamid Apdal dan Datuk Yusof Apdal pastinya telah membuka ruang kepada pertuduhan kes rasuah Shafie Apdal. Ia diperkukuhkan lagi oleh penangkapan Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW dan Izhar Idrus bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Shafie Apdal.

4. Sumber mendedahkan projek yang disiasat meliputi 170 projek bekalan air, 163 projek jalan raya dan 17 projek bekalan elektrik di sembilan daerah di Sabah, yang diberikan kepada 60 syarikat. Didapati daripada 60 syarikat, 23 syarikat yang disiasat adalah dibawah kuasa adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof dan Hj Hamid Apdal.

5. Pengikut Parti Warisan yang taksub terlupa selain disiasat dibawah Seksyen 16 dan 17 (a) Akta SPRM 2009 (Meminta/menerima rasuah) pastinya Shafie Apdal juga disiasat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009;

Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan (Kabinet) menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

6. Dalam kes ini amat jelas Shafie Apdal telah melakukan kesalahan salah guna kuasa selaku Menteri KKLW ketika itu dengan mengarahkan kementeriannya memberikan dan meluluskan projek kepada adiknya Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal melalui 23 Syarikat yang digunakan oleh mereka berdua.

7. Siapa dan apa nama 23 syarikat yang dikuasai Shafie Apdal melalui Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal yang menyeleweng RM1.5 bilion itu kita paparkan kemudian. Yang pasti Shafie Apdal salah guna kuasa!

SPRM mohon jangan berundur sedikit pun untuk mendakwa Shafie Apdal. Terus ganyang!



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: