December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



SEPANG: Juara dunia tujuh kali MotoGP Valentino Rossi daripada pasukan Movistar Yamaha MotoGP menjadi pelumba pertama merekodkan masa bawah dua minit dengan catatan 1: 59.947s dalam sesi Latihan Bebas ketiga pada Kejohanan Motosikal Grand Prix Malaysia (MotoGP) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Pelumba Itali yang juga paling menyerlah di Sepang dengan enam kemenangan dalam kelas premium itu menggunakan peluang daripada cuaca baik pada sesi pagi, selepas mencatatkan 2:01.662s pada sesi pertama dan 2:13.071s selepas sesi kedua yang terjejas berikutan hujan, semalam.

Pelumba Perancis Johan Zarco daripada Monster Yamaha Tech 3 merupakan kedua terpantas dengan 2:00.024s, manakala pelumba Sepanyol Dani Pedrossa daripada Respol Honda Team menduduki tempat ketiga dengan 2:00.087s, di hadapan rakan sepasukannya yang juga juara pendahulu Marc Marquez, yang menduduki tempat kesembilan dengan masa 2:00.467s.

Seorang lagi pelumba Itali Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Marc VDS mengungguli kategori MotoGP dengan 2:06.065s, diikuti Francesco Bagnaia daripada Sky Racing Team VR46 (2:06.679s) dan Miguel Oliveira daripada Red Bull KTM Ajo (2:06.698s).

Pelumba tempatan Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia pula menduduki tangga ke-11 dengan 2:07.639s manakala Khairul Idham Pawi daripada Idemitsu Honda Team Asia menduduki tempat ke-27 dengan merekodkan masa 2:08.585s.

Dalam Moto3, pelumba Del Conca Gresini Moto3 iaitu Jorge Martiin mengungguli sesi latihan dengan 2:15.606s, diikuti oleh Juanfran Guevara daripada RBA BOE Racing Team (2:16.606s) dan jaguh dunia baharu, Joan Mir daripada Leopard Racing (2:16.101s).

Pelumba Malaysia Adam Norrodin yang mewakili SIC Racing Team menduduki tempat keenam dengan 2:16.465s manakala pelumba wildcard Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Petronas Sprinta Racing di tempat ke-20 dengan catatan masa 2:17.727s.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: