December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



SEPANG: PELUMBA Perancis, Johann Zarco yang beraksi buat kali pertama dalam MotoGP musim ini, merasakan adalah amat sukar untuk memotong Valentino Rossi daripada pasukan Movistar Yamaha MotoGP ketika perlumbaan.

Pelumba berusia 27 tahun daripada Monster Yamaha Tech 3 berkata pelumba Itali itu adalah sukar untuk ditandingi kerana beliau bagaikan dapat merasai niat pelumba lain untuk memotongnya.

“Saya ingin katakan adalah sukar untuk memotong Rossi. Beliau bagaikan boleh melihat dan merasai anda. Kadangkala saya merasakan Rossi bagaikan mempunyai ‘mata’ pada topi keledarnya kerana beliau boleh merasa anda sudah hampir untuk memotongnya.

“Jika anda bersedia untuk memotong beliau, Rossi akan melawan dan kelihatan seperti beliau memberikan isyarat ‘Tidak, Tidak, Tidak’ kepada anda, ” katanya dalam sidang media praacara di sini pada Khamis.

Zarco berkata demikian ketika ditanya pelumb a mana yang paling sukar untuk beliau memotong sama ada Marc Marquez daripada Repsol Honda atau Rossi dalam perlumbaan MotoGP.

Zarco juga berkata juara dunia tiga kali itu mempunyai keyakinan yang tinggi semasa perlumbaan kerana beliau akan membenarkan pelumba lain memotongnya.

“Dengan Marquez , jika anda cuba mengasaknya, beliau akan memberikan laluan. Beliau lebih yakin untuk memberikan anda laluan kerana beliau tahu beliau boleh memotong anda kemudian,” katanya.

Sementara itu, para pelumba juga menyedari keadaan cuaca yang tidak menentu dijangka dalam perlumbaan hujung minggu ini.

Bagaimanapun, mereka akui cuaca yang berubah-ubah, litar yang cepat kering dan kadang-kadang ribut melanda adalah cabaran utama dalam persiapan untuk pemenang.

Juara bertahan, Marquez berkata beliau akan menunggang dengan gelaran itu di mindanya dan akan bertarung mempertahankannya hujung minggu ini, yang beliau gambarkan sebagai hujung minggu yang istimewa.

“Saya mempunyai dorongan dan mentaliti yang sama. Saya akan berusaha pada sesi latihan ke tahap maksimum sebagai persediaan perlumbaan. Saksikan bagaimana kami bertarung dan mengakhirinya Ahad ini,” kata beliau.

Marquez berkata Litar Sepang adalah satu daripada litar yang paling mencabar walaupun pasukannya sudah melakukan ujian persendirian tambahan semasa pramusim.

“Di sini , pada masa lalu saya ada naik dan turun … ia bukan litar terbaik untuk saya. Kami akan lihat sejauh mana kami akan sampai,” katanya.

Andrea Dovizioso daripada ITA-Ducati pula mengeluarkan amaran bahawa beliau akan mencuba segalanya bagi memastikan gelaran juara MotoGP itu masih terbuka

Dovizioso, 31 menyukai Litar Sepang kerana beliau mencipta kenangan manis apabila memperoleh kemenangan sulungnya dalam MotoGP di litar ini tahun lepas, juga yang pertama baginya sejak 2009.

“Tahun lepas, ia adalah kemenangan dan persaingan yang menakjubkan dengan Valentino (Rossi) dan (Andrea) Iannone. Saya mempunyai kenangan manis dan amat menyukai menunggang di litar ini. Pada masa lalu pada waktu kering kami tidak begitu berdaya saing, tetapi saya jangka ia akan berbeza tahun ini. Dan kami perlu bersedia untuk segala keadaan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: