December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



PENYANYI Rihanna baru-baru ini menerima penghargaan apabila namanya dipilih untuk menggantikan sebuah nama jalan di Barbados.

Menurut laporan Daily Mail baru-baru ini, jalan tersebut berada di hadapan kediaman keluarga Rihanna yang terletak di St Michael Parish, Barbados.

Sebelum ini, jalan tersebut bernama Westbury New Road namun ia akan berubah menjadi nama ‘Rihanna Drive’.

Kementerian Pelancongan Barbados juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Satu majlis sempena memahatkan nama Rihanna akan berlangsung pada 30 November depan yang juga merupakan hari sambutan Kemerdekaan Barbados.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: