December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang cedera selepas ditikam di hadapan rumahnya di Sungai Buloh dekat sini malam tadi kini dalam keadaan stabil dan semakin pulih.

Pegawai Khasnya Ameer Firdaus berkata Sohaimi yang cedera di kepala dan bahu kini ditempatkan di wad rawatan biasa Hospital KPJ di Damansara selepas menerima rawatan di bahagian kecemasan.

“Luka pada tubuhnya sudah dijahit semalam, beliau semakin baik dan sudah boleh bersembang macam biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Sohaimi dan anak saudaranya cedera selepas ditikam oleh jirannya yang dipercayai kurang siuman.

Kejadian dikatakan berlaku selepas Sohaimi pergi ke rumah jirannya untuk memaklumkan kepada ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki berusia 20-an itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena anak saudaranya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S. Somu berkata suspek direman selama enam hari sehingga 2 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

BACA: Suspek tikam ahli MT UMNO ditahan polis, dipercayai kurang siuman

Katanya polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: