December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Bersukan atau menjalani aktiviti sihat bukan lagi satu perkara asing di Malaysia.

Ini terbukti apabila semakin banyak kedai-kedai peralatan dan kelengkapan sukan dibuka, selain semakin banyak kelab larian dan kumpulan senaman ditubuhkan di negara ini.

Bagi memenuhi kehendak dan keperluan golongan ini, gedung peralatan sukan terkemuka antarabangsa, Sports Direct Malaysia telah membuka sebuah cawangan baharu lima tingkat di Bukit Bintang, ibu negara.

Ia merupakan cawangan ke-28 Sports Direct di Malaysia sejak ia mula bersaing dalam pasaran barangan sukan di negara ini pada 2011.

Menurut Pengarah Urusan SportsDirect.com di Malaysia, Paul Gibbons, rakyat Malaysia tanpa mengira usia kini berminat menyertai aktiviti sukan berkumpulan seperti berbasikal, berlari, mendaki bukit dan juga aktiviti kecergasan yang lain.

“Kami melihat ada permintaan untuk kualiti kehidupan yang lebih baik dengan penekanan kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup yang menyumbang kepada peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti sukan.

“Menjadi aktif bukan lagi dianggap satu perkara yang remeh tetapi telah berkembang menjadi kegiatan yang bersifat inklusif yang dilakukan bersama dengan keluarga, sahabat dan jiran tetangga,” kata Gibbons semasa pelancaran cawangan ke-28 Sports Direct Malaysia di Bukit Bintang pada Isnin.

Kejayaan Malaysia muncul juara Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur juga dijangka menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk terus bersukan dan menjadi aktif hasil inspirasi dari atlet-atlet negara.

Pelancaran Sports Direct Malaysia oleh Gibbons di Bukit Bintang turut disaksikan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell, Pengerusi InvestKL, Datuk Seri Michael K C Yam dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

Sports Direct yang berpangkalan di United Kingdom  adalah kumpulan peruncitan British yang diasaskan pemilik kelab bola sepak Newcastle United, Mike Ashley.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: