December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



SETELAH sekian lama membuatkan peminatnya ternanti-nanti, penyanyi Taylor Swift akhirnya menayangkan klip video single terbaharunya, ‘Ready For It?‘ menerusi saluran TaylorSwiftVEVO hari ini.

Video itu setakat ini sudah mencatat lebih daripada 1.2 juta tontonan dalam tempoh tiga jam ia dimuat naik.

Seperti biasa, Swift akan menampilkan kelainan dalam setiap klip video dan kali ini mewujudkan watak cyborg yang menyerupai beliau.

Menerusi video tersebut, Swift kelihatan cuba untuk keluar daripada imej ‘gadis baik’ apabila cyborg yang menyerupai rupanya itu tampil dengan kostum mengikut bentuk tubuh dan berwarna kulit, seolah-olah tidak berpakaian.

Lagu ‘Ready For It?‘ merupakan single kedua bagi album ‘Reputation‘.

Klip video itu sebelum ini ditayangkan secara ringkas menerusi akaun Instagram Swift pada Isnin.

Video klip bergenre fiksyen sains itu diarahkan Joseph Kahn, mengisahkan pertempuran antara cyborg.

Swift sebelum ini menggunakan penampilannya dalam video klip untuk bersaing dengan rakan seangkatannya seperti Katy Perry.

Video ini juga sinonim dengan konsep pergaduhan dua watak wanita seperti mana yang pernah diterbitkan Swift dalam video terdahulu seperti video klip ‘Bad Blood‘.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: