December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PITTSBURGH: Apa perasan anda apabila melihat seorang wanita dipukul dan pengsan di tepi jalan? Mesti anda ingin menghulurkan bantuan, namun berbeza pula situasi dalam satu insiden di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Seorang wanita pengsan terlentang selepas dipukul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali manakala beberapa orang awam di kaki jalan hanya mengambil swafoto malah ada pula yang mencuri barang hak milik mangsa.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat berjalan mendekati suspek hanya beberapa saat sebelum dia ditendang dan ditumbuk. Seketika itu, sekumpulan lelaki dilihat berjalan ke arah wanita berkenaan.

Difahamkan, sekumpulan lelaki terbabit tidak menghubungi pihak berkuasa atau bantuan kecemasan, sebaliknya hanya mengambil foto dan mengambil telefon bimbit milik mangsa dan beredar.

“Walau bagaimanapun, mereka kembali semula untuk mengambil foto serta berswafoto,” menurut sumber polis.

Mangsa ditumbuk oleh seorang lelaki. - Foto: Media sosial

Seorang lelaki mendekati wanita yang terbarng di kaki lima, namun hanya mengambil gambar. - Foto: Media sosial

Barang milik mangsa diambil dan kemudian lelaki tersebut berlalu pergi. - Foto: Media sosial

Menurut sebuah portal berita CBS Pittsburgh, insiden itu telah dirakam sebulan lalu sehinggalah dikeluarkan pada minggu ini.

“Binatang pun tak dilayan sedemikian.

“Ia perbuatan jijik. Anak saya perlukan bantuan,” kata ibu mangsa kepada stesen radio KDKA pada Khamis.

Berdasarkan rekod, mangsa merupakan seorang penagih tegar dan dia pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan dadah.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: