December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



ZINEDINE ZIDANE tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas Jesus Vallejo dilayangkan kad merah ketika menentang Fuenlabrada dalam aksi Copa del Rey di Estadio Fernando Torres, awal pagi tadi.

Pengendali dari Perancis itu menamakan kesebelasan utama dengan membariskan pemain-pemain muda seperti Achraf Hakimi, Borja Mayoral, Dani Ceballos, Marcos Llorente dan Marco Asensio.

Tatkala perlawanan bakal berakhir dengan keputusan bersih tanpa sebarang jaringan dilepaskan, Vallejo dilihat cuba menghalang usaha ketua pasukan tuan rumah, Luis Milla, namun akhirnya diperintahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan.

“Saya tidak boleh senang hati, Vallejo juga jelas tidak gembira dengan kad merah itu tetapi saya tetap gembira dengan persembahannya dalam keseluruhan perlawanan,” kata Zidane.

Dalam masa sama, pemenang anugerah pengurus The Best 2017 itu turut menzahirkan pujian kepada semua pemain-pemainnya selepas menurunkan barisan uji kaji yang dianggap masih mentah daripada segi pengalaman.

“Kami bersabar, menjaringkan dua gol dan tidak dibolosi. Semua pemain bermain dengan baik. Itu yang penting dan kami berpuas hati dengan keputusan yang diraih,” tambahnya.

Seorang lagi pemain, Llorente, yang turut meraih peluang beraksi selepas ketiadaan pemain-pemain utama seperti Cristiano Ronaldo, Sergio Ramos dan Toni Kroos gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh Zidane kepada barisan pemain muda.

“Pengurus membuatkan seluruh pasukan rasa dapat menyumbang sesuatu. Dia memberikan kami peluang dan kami berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik pada hari ini,” ujar Zidane.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: