December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



IBARAT sudah nyawa-nyawa ikan, namun magis tiga gol jaringan pemain import menyelamatkan pasukan Kelantan dari jatuh ke Liga Perdana musim hadapan.

Namun, bukan itu yang hangat diperkatakan penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air. Sebaliknya, air mata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani, menjadi perhatian.

Bibi dirakam mengalirkan air mata ketika pemain import Alessandro Celin menjaringkan gol kedua Kelantan, pada minit ke 80 permainan.

Ia mengundang sebak kerana dalam kalangan peminat bola sepak tanah air, mereka pastinya maklum tentang krisis yang melanda pasukan yang pernah digelar gergasi Pantai Timur itu.

Di laman sosial, ramai yang berkongsi gambar dan video rakaman itu, dengan kapsyen yang cukup beremosi.

Penyokong Kelantan khususnya, berharap pengorbanan Bibi dihargai pemain dan bermain bermati-matian demi maruah pasukan itu.

Mereka juga tidak ketinggalan mengirimkan ucapan terima kasih kepada Bibi kerana sanggup tampil menyelamatkan pasukan Kelantan di saat semua pihak sudah tidak lagi menaruh harapan dan keyakinan kepada pasukan tersebut.

Dalam perlawanan semalam, Kelantan menang 3-1 ke atas Melaka United, yang mengesahkan mereka kekal dalam Liga Super musim hadapan.





Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: