December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



ANGGOTA kumpulan EXO, Chanyeol menghabiskan wang sebanyak AS$11,500 (RM49,000), semata-mata ingin bergelar Iron Man semasa meraikan parti Halloween pada tahun ini.

Menurut laporan Allkpop, Chanyeol memilih tema Iron Man pada tahun ini dan telah membeli kostum itu pada September lalu.

“Chanyeol dikatakan menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli kostum Iron Man pada tahun ini dan telah menghabiskan wang sebanyak RM49,000.

“Pada tahun lalu, Chanyeol juga telah menjadi perhatian apabila mengayakan Deadpool.

“Ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh syarikat pengurusannya, SM Entertainment.

“Kesemua selebriti yang berada di bawah syarikat pengurusan ini akan mengayakan kostum yang menarik untuk menyambut parti Halloween,” kata sumber.

Ternyata acara ini amat dinantikan oleh peminat kerana mereka akan menilai artis manakah yang memakai kostum terbaik pada setiap tahun.

Sumber: Allkpop



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: