December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KOTA BHARU: Peruntukan RM230 juta bagi meneruskan pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dengan jarak 390 kilometer yang menghubungkan Kampung Relong, Pahang dan Gua Musang, Kelantan disambut baik oleh rakyat di kedua-dua kawasan terlibat.

Pengumuman tentang peruntukan itu adalah antara intipati pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, pada Jumaat lalu.

Projek itu dilihat dapat memendekkan waktu perjalanan penduduk yang tinggal di negeri Pahang dan Kelantan.

Selain itu, projek berkenaan juga dilihat dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk yang tinggal di kawasan sempadan negeri terbabit dan jajaran terlibat.

“Dengan adanya jalan itu boleh menjana pendapatan ekonomi dan perhubungan sebab kita di kawasan pedalaman tak ada jalan begitu cantik.

“Pengumuman itu menjadi satu rahmat untuk rakyat Gua Musang dan ini menjadi peluang untuk mereka menyambut cabaran yang diberi oleh kerajaan. Segala kemudahan boleh dinikmati secara menyeluruh di Gua Musang,” ujar seorang penduduk Sharif Mahmood.

Bagi seorang lagi pemastatutin di Gua Musang, Mohamed Hamzah, pembesaran dan pelebaran jalan memberi satu kebaikan kepada penduduk setempat.

“Sebab hampir 40 tahun kita melalui jalan lama yang tidak diperbaharui dan (pembinaannya nanti) akan memendekkan lagi jarak perjalanan dari Kuala Lumpur, ke Gua Musang dan Kota Bharu. Kita lihat saban tahun, apabila ada perayaan atau cuti umum, kesesakan (yang terjadi) amat teruk,” ujarnya.

Sementara itu, bagi seorang lagi penduduk tempatan, Mustary Mat Zainal Abidin, turut menyambut baik pengumuman tersebut.

“Laluan Gua Musang Kuala Lumpur dari Kota Bharu dan kawasan utara Kelantan merupakan laluan utama. Kalau kita tengok, bas melalui Gua Musang dan memang wajar dan patut diadakan. Rakyat sepatutnya bersyukur dengan inisiatif kerajaan bernilai RM200 juta lebih,” katanya.

Tambah mereka lagi, di kawasan terlibat juga menyumbang kepada peningkatkan bilangan penduduk apabila pelbagai manfaat bakal diperoleh khususnya dalam bidang pembangunan, ekonomi dan sosial.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: