December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



TAIPING: Seorang lelaki maut selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pecah Batu, Trong, dekat sini, pada petang Ahad.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 3.09 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa berusia 33 tahun itu difahamkan sedang bermandi-manda bersama ahli keluarga di sungai berkenaan ketika insiden berlaku.

“Mangsa bagaimanapun tidak sempat untuk naik ke tebing apabila kepala air menghampirinya dan dihanyutkan sejauh satu kilometer dari lokasi.

“Operasi BBP Taiping kemudian menjumpai mangsa di celahan batu dan kayu yang hanyut sekitar pukul 4.40 petang, dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir,” katanya dalam sebuah kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, operasi memerlukan anggota BBP berpecah kepada tiga kumpulan untuk melaksanakan pencarian di sepanjang sungai berkenaan.

“Anggota BBP mengalami kesukaran untuk menarik mangsa yang berada di celahan batu berikutan air sungai yang deras dan terpaksa menggunakan tali dan pengusung untuk menaikkan mangsa ke tebing.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, operasi yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasna Rashid itu tamat sekitar 5.15 petang.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: