December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



BANGKOK: Raja Maha Vajiralongkorn mengetuai satu upacara menyemadikan abu mayat mendiang ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej di dua wat Buddha bersejarah, menandakan berakhirnya upacara persemadian diraja selama lima hari dan perkabungan selama setahun.

Upacara persemadian diraja yang dianggarkan menelan belanja 3 bilion Baht (RM370 juta) bermula Rabu lepas, merupakan upacara persemadian yang penuh dengan adat istiadat dalam sejarah Thailand.

Dua kendi mengandungi abu mayat mendiang Raja Bhumibol dipindahkan dari Grand Palace dengan perarakan diraja disertai pasukan askar berkuda diketuai oleh anakanda Raja Maha Vajiralongkorn, Puteri Sirivannavari Nariratana, seorang pemenang pingat dalam acara ekuestrian di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Sepanjang perarakan, kendi abu mayat itu dipegang oleh Raja Maha Vajiralongkorn dan adindanya, Puteri Maha Chakri Sirindhorn di dalam sebuah kenderaan diraja, disaksikan oleh ribuan orang ramai yang berkabung dan memenuhi sepanjang jalan menuju ke wat itu.

Mendiang Raja Bhumibol mangkat pada 13 Okt tahun lepas, mengakhiri pemerintahannya selama tujuh dekad. Berikutan kematian baginda, anakanda baginda, Raja Maha Vajiralongkorn diisytiharkan sebagai raja baharu Thailand pada akhir tahun lepas.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: