December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



MALANG tidak berbau apabila anak kepada penyanyi Harris Baba, Aleena Zeya ditimpa penutup lampu panas yang menyebabkan muka dan tangannya melecur.
 
Isteri Harris, Nik Naziha Zawawi, menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya kira-kira jam 3 petang tadi memberitahu kejadian tersebut berlaku di butik jenama antarabangsa,  di sebuah pusat membeli belah di ibu kota, semalam (Ahad).
 
Nik Naziha turut meluahkan rasa sedih dan ralat kerana anaknya menjadi mangsa kecuaian pihak lain.
 
Menurut Nik Naziha, Aleena mengalami melecur tahap dua di kedua-dua belah tangan dan bahagian muka.
 
Bagaimanapun, dia dan suami bersyukur penutup lampu tersebut tidak terkena pada bahagian mata yang mungkin boleh menyebabkan Aleena buta. Serentak dengan itu, Harris juga turut memuat naik entri yang sama di laman sosial IGnya.
 
Mereka juga telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap butik tersebut.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: