December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata pada Ahad, beliau akan berusan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan ‘cara yang paling wajar’.

Mereka dijadualkan bertemu bulan depan untuk membincangkan tentang keselamatan serantau dan agenda Manila memerangi dadah.

Trump bakal melawat Asia pada 3 hingga 14 November di tengah-tengah ketegangan berikutan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.

Beliau akan berada di Manila pada akhir lawatan yang dimulai dengan kunjungan ke Jepun, Korea Selatan, China, dan Vietnam, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN.

Trump akan bertemu Duterte tetapi tidak akan menghadiri mesyuarat yang lebih besar di Manila bersama ketua-ketua negara dan kerajaan dari China, Korea Selatan, Jepun, India, Australia dan New Zealand.

“Saya berharap dapat berbincang dengan beliau berkenaan topik aktiviti keganasan, kerjasama antara kedua-dua negara dan perjuangan bagi memerangi dadah,” kata Duterte ketika sidang media sebelum berlepas ke Jepun untuk bertemu dengan Perdana Menteri Shinzo Abe.

“Saya akan berurusan dengan Presiden Trump dengan cara yang paling wajar, mengalu-alukan beliau sebagai pemimpin penting.

“Saya akan mendengar apa yang ingin beliau katakan,” ujar Duterte.

Duterte sebelum ini kerap memberi kata-kata kesat terhadap AS, misalnya memarahi Washington kerana melayan Filipina ‘seperti anjing’, walaupun hubungan kedua-dua negara telah lama terjalin.

Presiden Filipina itu telah mengumumkan ‘perpisahan’ beliau dari AS semasa lawatannya ke Beijing setahun yang lalu, sekali gus mengisytiharkan rundingan bersama China lantaran kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan mengenai Laut China Selatan menerusi perbincangan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: