December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR: Mereka yang menuntut keberadaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina seperti Dong Zong dan parti-parti politik Cina adalah pengkhianat negara kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Kenyataan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden pertubuhan tersebut, Dato’ Sirajuddin Hj Salleh antara lain bercakap tentang peruntukan baru untuk 10 buah sekolah vernakular Cina dalam Bajet 2018.

“Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menganggap Dong Zong termasuk parti-parti politik Cina serta mereka yang menyokong keberadaan sekolah-sekolah vernakular Cina SJKC ini sebagai pengkhianat negara.”

Menurutnya, mereka yang menuntut SJKC ini adalah mereka yang boleh dianggap sebagai golongan yang mengkhianati kestabilan dan perpaduan serta masa depan negara.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa Malaysia berkata, kerajaan juga perlu mempunyai ‘political will’ yang sewajarnya dan kuat untuk mempertahankan negara dengan apa juga cara sekalipun tanpa perlu mengikut kehendak mereka yang hanya mengambil kesempatan menjelang PRU ke 14 ini.

Menurut pandangan beliau, kelulusan sepuluh sekolah Cina yang baru ini merupakan kesinambungan pencabulan terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan dan hanya merupakan penghalang kepada aspirasi nasional.

Beliau berkata, pendirian PERKASA tidak bersetuju sama sekali tentang sekolah vernakular ini ialah bukan sahaja dari segi undang-undang seperti yang disebutkan oleh bekas hakim mahkamah rayuan itu, malah sekolah SJKC ini juga tidak menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan perpaduan nasional.

Ujar beliau lagi, Peruntukan Perlembagaan dalam Artikel 12 hanya menyebut tentang peruntukan bahawa kerajaan boleh juga mewujudkan atau menyokong sekolah-sekolah pendidikan Islam dan ini selaras dengan peruntukan dasar dalam Artikel 3 bahawa Islam adalah Agama Persekutuan.

“Kelulusan 10 buah sekolah Cina SJKC ini pada kami, hanyalah satu tolak ansur kerajaan atau ‘political bargaining’ dengan masyarakat Cina, seoalah-olah jika kerajaan beri 10 sekolah Cina ini maka undi masyarakat Cina akan diberikan kepada kerajaan,” tegasnya lagi.

Menurutnya, perpaduan ini pula tidak boleh wujud secara tiba-tiba, ia perlu dipupuk dan disemai serta dibaja di atas platform yang utama iaitu melalui sistem pendidikan.

“Di mana-mana tempat di dalam dunia semuanya mengakui pendidikan adalah yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, PERKASA membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan menambah sepuluh lagi sekolah Cina baharu yang jelas bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan yang menyatakan Bahasa kebangsaan sebagai ‘bahasa pengantar utama’ di bawah Akta Pendidikan 1996.

“Kita berharap semua pemimpin-pemimpin Melayu bersatu hati dalam menentang pembinaan sekolah vernakular Cina ini agar perpaduan nasional negara tidak tersekat dengan perpecahan sistem pendidikan yang hanya menjurangkan hubungan masyarakat berbilang bangsa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Dr Amini Amir Abdullah berkata, kerajaan sepatutnya membentuk satu jawatankuasa pakar untuk meneliti secara tuntas semua maklumat berkaitan sebelum membuat keputusan mengenai sebarang bentuk pembangunan.

Beliau berkata, perbelanjaan dan bajet ke atas sekolah Cina dalam konteks pendidikan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, sebabnya dalam konteks Perlembagaan Persekutuan, bantuan-bantuan seperti biasiswa dan pembinaan sekolah serta seumpamanya perlu selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika bercanggah, kita perlu perbetulkan keadaan ini.

Dr Amini berkata, di samping itu jangan kita lupa Pertubuhan Cina Dong Zong dan Suqiu juga memperjuangkan Sijil Peperiksaan Bersepadu, The Unified Examination Certificate (UEC), jadi kita harap kerajaan tidak membenarkan pemberian sijil UEC itu untuk kegunaan institusi itu atau di mana-mana jua. Ini adalah kerana Sijil UEC tidak bersandarkan kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Di samping itu, UEC tidak menggunapakai kurikulum kebangsaan bahkan berkiblatkan Taiwan.

Menurutnya, peruntukan pendidikan yang diberikan kerajaan sepatutnya hanya mengalir ke Sekolah Kebangsaan bukan ke Sekolah Kebangsaan Cina atau Sekolah kebangsaan Tamil yang jelas tidak berdaya saing dan hanya membazir berjuta-juta ringgit wang rakyat.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: