December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menurunkan status amaran gunung berapi Gunung Agung di pulau percutian Bali semalam.

Peningkatan aktiviti di gunung tersebut pada bulan lalu memaksa 133,000 penduduk berpindah dan menghalang aktiviti pelancongan di kawasan itu.

Gunung Agung di Bali timur telah diturunkan ke paras kedua tertinggi daripada paras tertinggi.

Namun begitu, pegawai mengatakan bahawa kegiatan awam masih dilarang dalam radius 7.5km.

Kegiatan letusan gunung berapi di Gunung Agung semakin berkurangan tetapi harus difahamkan bahawa ia masih berpotensi untuk meletus, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dalam suatu kenyataan.

Gunung berapi itu yang kali terakhir meletus pada 1963, telah membunuh lebih daripada 1,000 orang dan memusnahkan beberapa kampung.

Sekitar 133,000 penduduk telah dipindahkan daripada cerun gunung berapi itu dan ditempatkan di tempat perlindungan sementara.

BNPB mengatakan bahawa beribu-ribu pelarian sedang bersedia untuk kembali ke kediaman masing-masing.

Indonesia mempunyai hampir 130 gunung berapi iaitu terbanyak berbanding dengan negara-negara lain.

Kebanyakannya menunjukkan tahap aktiviti yang tinggi tetapi mungkin mengambil beberapa bulan sebelum letusan berlaku.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: