December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti seramai 12,649 pegawai dan anggota jabatan itu di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi bencana banjir ekoran peralihan monsun.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Amer Yusof berkata, pembekuan cuti itu melibatkan kekuatan pegawai dan anggota di 16 negeri tersebut selain akan mengikuti penjadualan semula jadual tugasan.

Malah tegasnya, kesemua aset menyelamat di darat dan air berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan semasa operasi bila-bila masa.

“Cuaca yang tidak menentu di pantai timur terutama Terengganu meletakkan JBPM sentiasa bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan rumah projek pembinaan semula rumah terbakar di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kepada keluarga Razali Endot yang telah disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohd Jidin Shafee.

Tambah Amer sebanyak tujuh unit helikopter JBPM bersedia untuk melakukan pemantauan udara dan tugas-tugas menyelamat.

Sementara itu, katanya, JBPM Terengganu telah mengenal pasti 14 lokasi yang sering terlibat dengan bencana banjir terutama di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: