December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa konsisten dan tidak pernah membuat pusingan u berhubung dasar luar negara dengan negara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia juga tidak pernah cenderung dengan negara kuasa dunia itu walaupun berdepan ketidaktentuan dalam geopolitik antarabangsa.

Tegasnya, kerajaan sentiasa berpendirian teguh dengan mengutama dan mempertahankan prinsip serta kedaulatan negara.

“Kerajaan tidak membuat pusingan u (u turn). Ada pihak lain suka membuat u turn seperti dulu setuju sekarang tidak setuju dan sebaliknya. Perkara ini biasanya dilakukan oleh pembangkang.

“Kerajaan bukan menukar dasar luar negara kita. Dasar luar negara ini memang berasaskan hal prinsip dan perkara itu tidak diubah mengikut keadaan serta situasi.

“Untuk makluman, dasar kerajaan sentiasa konsisten, Tuan Yang Dipertua boleh semak dasar luar negara kita. Kerajaan kekal istiqamah serta mempertahankan prinsip dan kedaulatan negara sekali gus kepentingan nasional,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu sama ada Malaysia telah mengubah dari ‘neutral’ kepada cenderong terhadap negara kuasa besar seperti AS susulan lawatan Perdana Menteri ke negara itu September lalu.

Malah, Wan Azizah turut mempersoalkan mengapa Najib menetap di hotel milik Donald Trump sebaliknya tidak menetap di Rumah Putih seperti lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sewaktu lawatan ke AS.

Perdana Menteri membidas soalan itu dan menyifatkan ia perkara remeh dan tiada kaitan dengan tujuan asal lawatan kerja tersebut.

“Walaupun saya tidak menetap di Rumah Putih tetapi saya bermain golf bersama beliau (Trump). Malah, beliau juga menghantar saya sehingga ke kereta,” katanya.

Sementara itu, Najib menegaskan lawatan beliau ke AS juga membuahkan hasil kepada Malaysia terutama dalam mengukuhkan hubungan dua hala termasuk peningkatan pelaburan dan ekonomi negara.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: