December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



IPOH: Siasatan awal mendapati kemalangan di KM45 Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Di Awan, Kampar semalam yang meragut sembilan nyawa berpunca daripada ketidakseimbangan muatan lori air batu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sekiranya siasatan lanjut mendapati ketidakseimbangan muatan punca sebenar kemalangan, maka tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik dan pemandu lori.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.

“Sekiranya punca adalah kerana lori berkenaan terbabas ketika ketidakseimbangan barangan sehingga menyebabkan kenderaan itu terumbang-ambing, maka tindakan tegas perlu diambil.

“Ini perkara serius kerana ia bukan sahaja membahayakan pemandu lori itu sendiri malah pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Perak 2017 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

BACA: Sembilan maut van bertembung lori ais di Tapah

BACA: Pasukan CRU Miros kaji kemalangan di Tapah – Lam Thye

BACA: Pemandu lori ais langgar kereta lain, sebelum langgar van hingga 9 maut – Polis 

Selain itu, Liow yang juga Presiden MCA berkata, setiap pemandu atau pemilik kenderaan perlu mengikuti peraturan ditetapkan termasuk daripada aspek muatan barangan dan had laju.

“Kadang-kadang cara memuatkan (barangan) tidak betul sekali gus mengakibatkan kargo boleh terumbang-ambing dan apabila melalui jalan berselekoh, kenderaan itu boleh terbabas.

“Semuanya sudah ada dalam undang-undang dan sudah dikaji, tetapi adakah (pemandu) mematuhi undang-undang ditetapkan?” katanya.

Kemalangan membabitkan sebuah lori air batu dan van membawa lapan wanita pekerja ladang di sekitar Air Kuning, Tapah pada kira-kira pukul 6.45 pagi semalam meragut sembilan nyawa.

Semua yang maut adalah penumpang van dan pemandu, manakala pemandu lori air batu cedera parah.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: