December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SHAFIE TIADA KUASA? BAGAIMANA SHAFIE APDAL LULUSKAN RATUSAN JUTA PROJEK KKLW KEPADA ADIK, ANAK SAUDARA & MENANTU?

Pendokong Shafie Apdal dari geng Warisan tidak percaya Shafie Apdal melakukan rasuah dan salah guna kuasa menyeleweng dana KKLW RM1.5 bilion dari peruntukan RM7.5b. Ia melibatkan pemberian komisen ratusan juta yang besar dari kontraktor proksi kepada Shafie Apdal dan keluarganya.

Benarkah Shafie Apdal tiada kuasa meluluskan projek?

Rakyat Sabah dikelirukan kononnya hanya Menteri Kewangan dan Ketua Menteri Sabah berkuasa memberikan peruntukan. Hakikatnya peruntukan projek luar bandar diterima daripada Kerajaan Persekutuan ( pelbagai kementerian) dan dari Kerajaan Negeri. Hakikat yang dibicarakan sekarang ialah peruntukan dari kerajaan persekutuan iaitu dari KKLW serta pelbagai kementerian bukannya peruntukan kerajaan negeri. Peruntukan KKLW ( BALB, BELB, JALB) dalam konteks sekarang dilaksanakan sendiri oleh KKLW tanpa menyalur peruntukan kepada kerajaan negeri.

Shafie Apdal menggunakan kuasa menterinya untuk mencadang, memberi dan melantik kontraktor. Mempengaruhi Lembaga Perolehan A dan B KKLW serta menggunakan Akta Kontrak 1949 penyerahan kuasa kepada pegawai yang dikehendakinya. Bukti dokumen yang ditandatangani ada pada SPRM kerana Shafie Apdal menandatangi dokumen mengikut semua projek KKLW.

Persoalannya;

Jika benar Shafie Apdal tidak berkuasa bagaimana Adiknya Hj Hamid ( Projek Paip) Datuk Yusof Apdal ( Elektrik) Hj Zul ( Jalan) boleh diberikan projek ratusan juta? malah boleh beri kepada Azis Jamman anak saudaranya serta menantu Hj Hamid bernama Manzur Hussien.

Bagaimana pemberian projek kepada keluarga itu berlaku? Tidak mungkin tidak terancang dan tanpa arahan. Bermakna Lembaga Perolehan KKLW melalui jawatankuasa penilaian harga serta teknikal mempunyai campur tangan menteri.

Dalam kes Shafie Apdal ini nampaknya SPRM hanya perlu membuktikan transaksi wang, cek, dokumen syarikat, surat pelantikan, surat komisen ( undertaking) serta bukti baucar dari kontraktor kepada Shafie atau ahli keluarganya.

Beliau juga menggunakan kuasa Menteri untuk meluluskan projek. Pengakuan adik-beradik, keluarga lain, bekas pegawai menteri, bekas TSUB KKLW rasuah itu berlaku amat diperlukan.

Jadi tak hairan jika baru 3 jam siasatan SPRM Shafie Apdal boleh pitam dan darah tinggi naik. Semua keterangan itu ada. Tinggal Shafie Apdal mengaku Yes atau No saja!

Nasib ada ambulan menyelamatkan Shafie Apdal. Jika tidak gambar berbaju oren SPRM itu kekal sampai mati! Apapun keluarga Shafie Apdal adalah Keluarga SPRM! SPRM telah mengkandangkan mereka.

#TangkapShafieRasuah

FB Wa Sengat Lu



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: