December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Aduhai! Kenapa YAB Perdana Menteri buat pengumuman dalam pembentangan Bajet 2018 semalam mahu menghapuskan tol? Tidakkah tindakan itu hanya akan menyusahkan rakyat?

Dalam pembentangan Bajet 2018 semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pihak Kerajaan akan menghapuskan tol di Batu Tiga (Shah Alam), Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan EDL (Johor).

Secara tidak lansung, tindakan itu telah menyebabkan rakyat mengalami tekanan hidup, terutama sekali dikalangan puak Pakatan Haprak tu. Lepas ni, isu apa lagi yang diorang boleh jadikan modal Politik?

Keadaan itu membuatkan puak Pakatan Haprak mula hilang akal. Malah ada yang mengalami sawan mental dikala perkara itu diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018 semalam.

Diantara pemimpin yang mula – mula tampil memburukkan tindakan Kerajaan itu ialah Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan tindakan itu hanya memberi keuntungan kepada pihak konsesi.

Dalam status twitter yang dimuat-naik semalam, Nurul Izzah cuba membuat spekulasi kononnya hanya pihak konsesi yang akan meraih keuntungan melalui pemansuhan tol berkenanaan.

Itulah peliknya dengan corak pemikiran puak Pakatan Haprak macam Si Nurul Izzah ni. Nampak gayanya mereka lebih suka untuk mengamalkan Politik Retorik semata – mata.

Soalnya, kenapa Si Nurul Izzah sibuk membuat spekulasi sedemikian sedangkan dalam draf belanjawan puak Pakatan Haprak itu sebelum ini juga mahu menghapuskan tol yang ada di Malaysia?

Dan tambah memalukan ialah apabila Rejim Pakatan yang memerintah Selangor dan Pulau Pinang masih lagi gagal untuk melaksanakan janji yang telah mereka nyatakan selama hari ini.

Rejim DAPigs Pulau Pinang sehingga ke hari ini masih gagal menghapuskan tol di Sungai Nyior. Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin pula gagal memansuhkan tol KESAS dan SPRINT.

Padahal ke semua plaza tol itu berada dibawah pentadbiran Rejim Pakatan itu sendiri. Jadi, kenapa mereka tidak membuat keputusan untuk menghapuskan tol tersebut sebagai bukti kepada janji yang telah mereka lakukan? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!!



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: