December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Pasukan Unit Rekonstruksi Kemalangan (CRU) akan melakukan kajian di tapak kemalangan sebuah van dengan lori ais yang menyebabkan sembilan maut di Tapah pada Sabtu lepas.

Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kebenaran juga sudah diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pasukan berkenaan melawat tapak kemalangan.

“Pasukan ini juga akan melihat aspek kejuruteraan jalan, faktor kemanusiaan selain keadaan kenderaan yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Ketiga-tiga aspek akan dikaji secara teliti supaya kita dapat menentukan punca kemalangan dan satu laporan akan disediakan untuk dirujuk kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Miros mengambil berat tragedi berkenaan dan seperti mana kita lakukan, setiap kali apabila sesuatu kemalangan berlaku memang pihak Miros bersama agensi kerajaan lain akan membuat kajian yang teliti,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

BACA: Sembilan maut van bertembung lori ais di Tapah BACA: Dua bas, van kilang bertembung: Lapan maut

Lam Thye mengulas kejadian sembilan maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan di Jalan Besar South Malaysia Trading (SMTD), Ayer Kuning, pada Sabtu lepas.

Dalam kejadian sekitar 6.30 pagi itu, kesemua sembilan mangsa terdiri daripada lapan perempuan dan seorang lelaki berusia sekitar 40 hingga 60 tahun maut di tempat kejadian.

CRU adalah unit di bawah Miros dan membawa salah satu daripada teras penting dalam operasi penyiasatan mendalam kemalangan.

Kerja-kerja penyiasatan kemalangan CRU meliputi semua jenis kemalangan jalan raya termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tujuan utama proses penyiasatan kemalangan akan membawa kepada pembangunan langkah-langkah tindakan yang akan membantu mengurangkan kesan manusia dan ekonomi dalam kemalangan jalan raya kepada masyarakat.

CRU juga bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan berprofil tinggi dan menyediakan analisis
teknikal ke atas data kemalangan.

Dalam perkembangan berasingan, Lam Thye memberitahu Miros akan memberikan input dalam kajian Kementerian Pengangkutan terhadap kesesuaian mewujudkan dasar tamat hayat kenderaan yang akan menetapkan had usia.

“Saya rasa kita boleh pertimbangkannya atas sebab kekerapan berlaku kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan komersial seperti bas, lori dan sebagainya.

“Kajian pelaksanaan dasar jangka hayat kenderaan, saya difahamkan sedang dijalankan Kementerian Pengangkutan dan mungkin beberapa aspek akan diambil kira.

“Tidak dapat dinafikan aspek seperti usia kenderaan berkait dengan aspek keselamatan strukturnya, aspek keadaan bas (kenderaan usang) yang saya rasa mempunyai kaitan dengan punca kemalangan jalan raya melibatkan bas dan lain-lain lagi,” katanya.

Jelasnya, walaupun pelbagai nasihat atau teguran dilakukan, realitinya masih ada pemandu yang cuai, lalai serta mempunyai saman dan rekod yang teruk.

Pada 24 Oktober lalu, dua bas kilang bertembung berhampiran Plaza Tol Juru, Pulau Pinang dan menyebabkan lapan orang maut.

Siasatan awal mendapati sebuah bas yang berhenti di tepi jalan akibat kerosakan dalam kemalangan itu telah berusia 32 tahun manakala sebuah lagi bas berusia melebihi 10 tahun.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: