December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



SINGAPURA: Putera Wales dan Duchess of Cornwall akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura dari 30 Okt hingga 2 Nov ini.

Menurut Kementerian Luar Negeri (MFA) lawatan itu adalah yang kedua bagi Putera Charles selepas yang pertama pada 1979, dan yang pertama bagi isteri baginda, Camilla.

Ia adalah sebahagian daripada lawatan pasangan diraja itu ke Singapura, Malaysia dan India selama 11 hari yang berakhir pada 9 Nov depan.

“Lawatan ini membuktikan hubungan bersejarah yang sekian lama terjalin di antara Singapura dan United Kingdom,” kata MFA dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pasangan diraja itu akan diberi sambutan penuh istiadat di Istana pada 31 Okt disusuli dengan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah Yacob.

Halimah akan meraikan pasangan diraja itu dalam satu majlis santapan malam rasmi, kata MFA.

Putera Charles dan Camilla juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.Baginda berdua juga diberi penghormatan untuk menamakan bunga orkid selain menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Cenotaph.

Pasangan diraja itu turut dijadualkan melawat Pusat Harmoni, Galeri Nasional Singapura serta menghadiri acara kesusasteraan Komanwel.

Putera Charles dan Camilla akan ke Kuala Lumpur pada 3 Nov sebelum mengakhiri lawatan ke Asia di India pada 8 Nov depan.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: