December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



PELAWAK yang juga pengacara Gegar Vaganza 4 (GV4) Nabil Ahmad terkejut apabila mendapati kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih miliknya hilang kira-kira jam 2.30 petang semalam, beberapa jam sebelum dia perlu bergegas ke lokasi program siaran langsung tersebut.

Menurut Nabil, dia terkejut apabila mendapati kereta tersebut sudah tiada di tempat letak kereta.

“Kereta saya hilang di Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 1 petang. Sebaik sahaja saya mahu ke tempat letak kereta pada jam 2.30 petang, saya terkejut mendapati kereta saya sudah tiada.

“Ingatkan tersalah letak namun selepas puas mencari baru saya pasti telah hilang. Selepas itu saya terus membuat laporan di balai polis TTDI,” katanya ketika ditemui pada program GV4 di Dewan Sri Putra.

Tambah Nabil lagi, kejadian itu berlaku ketika dia menghadiri acara konsert anjuran tadika anaknya, Nayra Mikayla.

Tiga tahun lalu, Nabil pernah ditimpa malang apabila kereta Mitsubishi Lancer dipecah oleh penyamun dan mengalami kerugian.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: