December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


(MD) – Setiap ahli politik pembangkang termasuk penggiat media sosial parti komponen Pakatan Harapan menggambarkan Malaysia kini dalam keadaan krisis yang sekiranya tidak diselamatkan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan rakyat Malaysia akan menjadi pengemis di negara sendiri jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal mentadbir negara.

Sementara pemimpin-pemimpin lain termasuk orang kuat Dr Mahathir, Datuk A Kadir Jasin, dan penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkali-kali mengulangi persepsi sama.

Sungguhpun begitu, ‘krisis’ yang dimaksudkan mereka hanyalah propaganda memburukkan Najib semata-mata kata penganalisis politik, Lim Sian See.

1. Krisis sebenar adalah sepertimana yang berlaku pada 1998, iaitu dibawah pemerintahan Dr Mahathir dimana indeks Bursa Malaysia jatuh mendadak kepada 80 peratus dalam jangka masa hanya satu tahun sahaja.

“Kalau benar-benar krisis, indeks saham akan menjunam seperti di tahun 1998 zaman Mahathir dan Anwar bila indeks saham menjunam lebih dari 80% dalam masa yang singkat.

“Kalau Malaysia dalam krisis, siapa lagi akan melabur dan membeli saham? Tentu kalau krisis, semua akan jual saham-saham yang dipegang dan belah (keluar),” ujar LSS menjelaskan petunjuk pertama.

2. Tahun 1998 juga menunjukkan penurunan jumlah pembelian kenderaan mendadak kepada hampir 60 peratus berbanding hanya 13 peratus sahaja antara tahun 2015 hingga 2016, dibawah pemerintahan Najib.

“Sebaliknya, penjualaan kereta di Malaysia masih kukuh di paras yang tinggi berbanding tahun sebelumnya – walaupun mengalami kejatuhan 13% kerana perintah Bank Negara untuk mengurangkan pinjaman bank untuk pembeli kenderaan dan rumah”.

3. Petunjuk ketiga adalah nilai Ringgit kepada Dolar Amerika. Jika sebelum ini nilai USD1 bersamaan RM2.93 disebabkan harga minyak dunia tinggi, maka tidak mengejutkan kejatuhan harga minyak meluaskan lagi jurang antara kedua-dua mata wang berkenaan.

“Tetapi dalam tahun 1998, kejatuhan Ringgit sebanyak 45% berlaku pada masa yang sangat singkat – tanpa pengaruh faktor-faktor lain seperti harga komoditi dunia ataupun kemelut di ekonomi Amerika. Ini benar-benar krisis dan tidak sama dengan keadaan sekarang.

“Ini ialah sebab Ringgit terpaksa ditambat ke paras USD1=RM3.80 pada masa itu,” jelas LSS menunjukkan keadaan krisis sebenar.

4. Nilai Kadar Pinjaman Bank (BLR) juga salah satu indikasi kedudukan sesebuah ekonomi. Malaysia pada 1998, mengenakan faedah setinggi 13.5% kerana masalah kekurangan wang dan keperluan Bank Negarai untuk mempertahankan nilai Ringgit.

“Bila kadar pinjaman naik, pelabur asing akan tertarik untuk melabur di Malaysia untuk menikmati pulangan yang simpanan bank yang tinggi.

“Tahun 2016 pula, kadar pinjaman bank rendah pada tahap 4.5% – malah, sudah dua kali diturunkan tahun ini,” kata LSS.

5. Akibat daripada kesempitan kewangan 1998, banyak syarikat terpaksa meninggalkan projek dalam pembinaan menjadikan banyak projek terbengkalai, antaranya Projek Plaza Rakyat dan Hotel Duta Grand Hyatt.

“Zaman Najib tahun 2015-2016, tiada sebarang projek-projek yang terbengkalai.

“Sebaliknya, usaha untuk memulihkan projek Plaza Rakyat dan projek hotel Duta Grand Hyatt sudah bermula.”

6. Kemampuan isi rumah juga petunjuk ekoran ia menggambarkan tahap pendapatan rakyat itu sendiri.

Kata LSS, nisbah hutang yang tidak dibayar (Non-Performing Loan) pada 1998 setinggi 14.9 peratus berbanding pada 2016 cuma 1.6 peratus sahaja.

Kadar faedah pinjaman bank tahun 1998 telah menyebabkan banyak syarikat dan individu untuk tidak lagi mampu membayar pinjaman-pinjaman bank. Ini telah menyebabkan banyak pinjaman bank yang bermasalah dan menimbulkan kerugian kepada bank-bank di Malaysia.

Ikuti empat lagi faktor yang dirungkaikan oleh LSS dengan klik pautan di sini.

SEE VIDEO HERE: https://youtu.be/POWyHOI5xV4

Tegas LSS, dengan pelbagai perbandingan yang disampaikan, maka jelaslah bahawa pembangkang mudah lupa bahawa krisis sebenar adalah ketika pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini.

Kenyataan pembangkang yang berbaur politik kata LSS, langsung tidak sama dengan pendapat Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap ekonomi Malaysia.

“IMF juga puji kerajaan Malaysia membuat transformasi negara untuk kukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi jangkamasa panjang. IMF berpendapat bahawa prestasi kerajaan baik dan semakin maju untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.

“Tidak lain dan tidak bukan, mereka yang akan “menyelamatkan Malaysia”.

“Matlamat mereka hanya satu sahaja. Menakutkan orang ramai dan merendahkan pencapaian ekonomi negara demi hasrat mereka untuk merebut kuasa kerajaan.

“Itu sahaja,” kata LSS.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: