December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



MELAKA: Sepuluh dilaporkan cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan dua bas, serta sebuah lori tangki di kilometer 178.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala utara berhampiran susur keluar persimpangan Tol Jasin, Melaka pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Noor Hisham Kamal berkata, mangsa yang cedera dalam kejadian sekitar 9.45 pagi tadi itu ialah pemandu lori, pemandu serta lapan penumpang bas ekspres, manakala tiada yang cedera daripada sebuah bas persiaran yang turut terlibat.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 9.48 pagi sebelum tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati sebuah lori tangki telah terbalik dan melintang di tengah lebuh raya itu.

“Bomba menerima panggilan kejadian pada pukul 9.48 pagi sebelum tiba di tempat kejadian kira-kira seminit kemudian, dengan tiga jentera daripada balai bomba Jasin, Jasin Bistari dan Tangkak.

“Lori tersebut merupakan sebuah lori pembawa asid hidroklorik, mujur semasa kejadian lori tersebut tidak membawa apa-apa bahan kimia. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan,” katanya pada pemberita di sini, hari ini.

Seorang mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka manakala selebihnya dihantar ke Hospital Jasin untuk mnerima rawatan lanjut.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku semasa bas ekspres  terbabit cuba memotong lori tangki berkenaan sebelum berlaku sedikit pelanggaran pada bahagian belakang bas persiaran itu.

Bagaimanapun pihaknya masih mengenalpasti punca sebenar kemalangan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: