December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Pemantauan perlu dilakukan terhadap majikan sektor swasta supaya tidak berlaku diskriminasi ke atas pekerja wanita susulan pengumuman cadangan pelaksanaan tempoh cuti bersalin mandatori yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018.

Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) melahirkan kebimbangan bahawa langkah itu akan menimbulkan layanan berbeza kepada pekerja wanita.

“Tempoh bersalin 90 hari itu relevan, tetapi saya khuatir sekiranya syarikat swasta cenderung akan lebih memilih pekerja lelaki untuk mengelak mereka menanggung kerugian dari segi kewangan dan produktiviti pekerjaan.

“Jadi, kerajaan harus fikir satu kaedah bagaimana untuk memastikan tidak timbul diskriminasi, sekali gus majikan tidak ketepikan pekerja wanita malah mewujudkan peluang seimbang dengan pekerja lelaki,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat, pada Isnin.

Pada pembentangan Bajet 2018 Jumaat lepas, perdana menteri mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita dengan antara inisiatif ialah mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari, seperti dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan awam.

Noraini turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan pendekatan supaya syarikat yang mempunyai pekerja seimbang antara lelaki dan wanita, diberikan insentif pengurangan cukai.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: