December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka kertas siasatan terhadap projek pembangunan sekitar yang didakwa menjadi punca utama berlakunya banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan di sini semalam.

Lebuhraya itu dari arah Kuala Lumpur menuju Shah Alam sesak teruk lebih lima kilometer selepas tiga daripada empat lorong ditenggelami air bermula pukul 3 petang selepas hujan lebat selama dua jam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata berdasarkan pemerhatian, dipercayai punca banjir kilat yang melimpahi ke lebuh raya itu berikutan berlaku longkang tersumbat akibat kerja-kerja di tapak projek berdekatan.

“Sekiranya benar projek pembangunan di kawasan itu telah menyebabkan banjir kilat semalam, kita akan keluarkan notis ‘stop work order’ kepada pemaju sehingga mereka membina Temporary Detention Pond dan Cut Off Drain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk Pantai Dalam, Bangsar Selatan dan kawasan sekitar.

Mhd Amin Nordin berkata beliau telah meninjau ke kawasan yang terjejas semalam bersama pemaju dan mengenal pasti langkah-langkah kawalan selanjutnya di kawasan berkenaan antaranya menaik taraf kapasiti perangkap kelodak longkang dan membaiki efisiensi parameter longkang.

Katanya DBKL juga komited untuk membina beberapa kolam takungan banjir bagi tujuan mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku khususnya di pusat bandar.

“Projek ini dijangka bermula tahun depan melibatkan beberapa lokasi tumpuan termasuk di Jalan Duta dan kawasan Universiti Malaya,” katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: