December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -31/10/17-Orang yang mencadangkan Pakatan Harapan berbaik semula dengan PAS adalah orang yang sama menuduh PAS menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak.

Individu itu adalah bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bagaimanapun Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam enggan mengulas dakwaan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang menamakan beliau sebagai pemberi maklumat kepada editor portal itu.

“Saya fikir saya tak boleh bincangkan prosiding yang sedang berlaku di mahkamah UK,” katanya dalam jawapan WhatsApp kepada The Malaysian Insight.

Sikap Ambiga yang sengaja mengunci mulut itu dibaca Walaun United sebagai berada dalam dilema.

“Jika dia pilih untuk back up saraf PH melalui SR Clare Brown ni, credibility dia at risk sebab keterangan dengar cakap/hearsay tak laku melainkan ada bukti yg jelas. Itu bukan mudah. Mana boleh bekas Presiden Majlis Peguam jatuhkan imej profesionnya sampai begitu sekali.

“Takkanlah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia mahu dilihat dibuli dalam sesi crosscheck/soal balas oleh queen’s council, Peguam yang mewakili PAS dengan tanpa bukti jelas. Di dalam Mahkamah di UK pula tu.

“Dalam keadaan dia tahu Hakim yang berkenaan telah beri amaran kepada Clare Brown dalam perbicaraan sebelum ini kerana sesuka hati buat tuduhan tapi tidak menunjukkan bukti.

“Tapi jika dia memilih menafikan sebarang kaitan dengan dakwaan Clare Brown, macam beri pukulan maut kepada PH yang bersungguh- sungguh menghasut rakyat supaya percaya.

“Dia boleh hilang kawan-kawannya,”katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: